Google Play Protect ialah perkhidmatan keselamatan yang terbina dalam aplikasi Google Play Store pada peranti Android. Fungsi utamanya ialah mengimbas peranti dan aplikasi anda untuk tingkah laku yang berbahaya, melindungi anda daripada perisian hasad, pelanggaran data dan ancaman keselamatan lain.

Namun, selepas kemas kini baru-baru ini untuk Google Play Protect, lebih banyak aplikasi pihak ke-3 telah di ban dan bahkan dipadamkan oleh ciri keselamatan Google ini.

Mesej amaran yang dikeluarkan adalah “This app is fake: it tries to take over your device or steal your data.”

Jika anda mengklik kotak Butiran, mesej kemudian mengembang dengan mengatakan “Walaupun anda pernah mendengar apl ini atau pembangun, ia masih berbahaya untuk memasang apl daripada sumber yang tidak dipercayai.”

Ini adalah mesej yang yang biasa digunakan untuk mengelakkan pengguna untuk menginstall aplikasi dari luar play store dengan meletakkan amaran false-positive. Sekiranya anda ingin menggunakan aplikasi luar a.k.a pirated apps, adalah digalakkan untuk disable fungsi Play Protect ini.

Cara untuk Disable Play Protect di Android TV

Nota : Melumpuhkan Google Protect boleh menyebabkan peranti anda terdedah kepada aplikasi pihak ke-3 yang membawa virus/perisian hasad. Pastikan anda hanya mendownload di website yang diyakini sahaja.

1. Dari skrin utama, scroll ke atas untuk memilih Settings.

2. Klik pada menu “Privacy“.

3. Kemudian, klik pada “Security“.

4. Klik pada bahagian “Scan apps with Play Protect”.

5. Pastikan anda tekan toggle off untuk nyahaktifkan fungsi Play Protect.

Siap! Kini anda boleh menggunakan atau menginstall mana-mana aplikasi luar tanpa sebarang masalah.

Note: Untuk mengelakkan sebarang masalah, adalah digalakkan untuk create dan menggunakan dummy account google anda di mana-mana peranti streaming device yang anda ingin gunakan aplikasi pirated.

Sekiranya masih mempunyai masalah dan tidak dapat menyahaktifkan google play protect, sila join group telegram AR untuk lebih info.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.