Kodi dan Buffering – Tips dan Tricks

Sesiapa yang menggunakan kodi pasti akan berdepan dengan masalah buffering terutamanya bila
menonton live tv ataupun menonton perlawanan bolasepak. Kodi add-ons adalah interfaces kepada
siaran yang sudah pun tersedia ada didalam internet (macam search function). sekiranya berlaku
buffering bukan lah disebabkan add-ons tersebut tetapi lebih kepada content / siaran tersebut.

Antara Penyebab Buffering

  • Sumber stream yang lembap – sumber siaran adalah dari server, dan server bersambung kepada network. Sumber ini selalunya adalah free dan kadang-kadang ada limitation yang ditetapkan oleh network (throttle) menyebabkan berlakunya buffering
  • Kesesakan pada masa puncak – kadang-kadang ada hari yang sibuk contohnya hari cuti berbanding hari lain disebabkan ramai orang menggunakan internet. selain daripada itu, sekiranya anda menonton siaran langsung bola sepak akan berlaku kesesakan pada sumber network disebabkan terlalu ramai melihat pada satu-satu masa.
  • Kelajuan Internet – penyebab utama buffering adalah disebabkan oleh connection internet yang lembap. minimum internet  kelajuan untuk mendapatkan kepuasan menonton adalah >5Mbs
  • Masalah hardware – routers internet tak cukup kat terutamanya apabila menggunakan wireless dan kadang-kadang streaming device yang digunakan juga mempunyai limitasi serta menggunakan firmware yang lama.


 Tips dan Trick untuk mengurangkan Buffering

  • Hardware reboot – reboot modem dan router dengan (tutup sepenuh nya i,e cabut plug) lebih kurang 4-5 minit, lakukan perkara yang sama pada streaming device. digalakkan untuk dilakukan sekali untuk setiap bulan
  • Update kodi – sekiranya anda menggunakan kodi version lama, akan menyebabkan streaming kurang efisien dan kurang stabil. Pastikan anda menggunakan versi yang terbaru dan stabil (elakkan beta version)
  • Hardware Ethernet – bergantung kepada saiz rumah dan juga kualiti bahan binaan kadang-kadang boleh berlaku masalah dengan connection wireless. Sangat digalakkan untuk menggunakan wayar ethernet secara terus daripada router ke streaming device.
  • Advanced Setting XML – Banyak tips di internet yang menggalakkan untuk pengguna kodi untuk mengubah suai fail untuk mengurangkan isu buffering (contoh nya zero cache). tetapi sebenarnya pengubahsuaian data ini tidak memberi sebarang kesan sebaliknya banyak mendatangkan masalah, contohnya sekiranya anda menggunakan custom buffer size, device akan selalu crash atau hang disebabkan buffer size adalah lebih besar daripada kapasiti yang boleh diproses oleh device (kodi telahpun menggunakan 300% memory size untuk buffer size. kadang-kadang akan berlaku juga full cache disebabkan oleh setting ini

  • Video Stuttering / Scrambling – Sekiranya anda melihat video yang agak choppy ataupun scrambling, ini bukanlah disebabkan oleh buffering, tetapi disebabkan oleh hardware device yang kurang berkemampuan untuk memproses atau encoding kualiti video. antara cara penyelesaian adalah dengan ‘disable hardware encoding’ di Setting >> Video >> Acceleration
  • Buffering for Live Sport – antara alternative terbaik untuk mengurangkan buffering semasa menonton sport stream adalah dengan menggunakan add-ons yang stabil seperti NJM Soccer. Selain itu  penggunaan acestream dan juga p2p-stream juga amat digalakkan kerana semakin ramai yang menonton, semakin stabil link. sila rujuk cara-cara menggunakan Acestream disini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.