Pro Sport – Kodi Addon (Sport)

Pro Sport video add-on telah dihasilkan dan di update oleh developer PodGod. Addons ini lebih tertumpu kepada live sport stream seperti NBA, NHL, NFL dan juga Football dengan beberapa pilihan kualiti.

Selain daripada live sport, Pro Sport juga membolehkan anda menonton siaran ulangan beberapa jam selepas tamat siaran langsung. Pro Sport addon menggunakan source stream dari reddit community dan mempunyai banyak sub menu berkaitan sukan. Anda hanya perlu menambah subreddit yang sesuai untuk mendapatkan link siaran langsung

default sub menu di Pro Sport

Antara kelebihan menggunakan Pro Sport ialah, addon ini mempunyai banyak alternative menggunakan acestream. Penggunaan acestream boleh mengelakkan buffering yang keterlaluan berbanding direct link. Sekiranya anda masih belum menambah acestream di system anda sila rujuk post di sini. Menambah Acestream di Kodi

—————————————————————————————–

Bagaimana cara untuk mendapatkan addon Pro Sport.

Anda boleh menambah source untuk repository Podgod di Fusion Installer ataupun mendownload repository dibawah secara terus

Download Repository PodGodLink 1 @ Link 2  

Langkah 1: Download Repository PodGod diatas (Pilih salah satu link)

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “System” dan pilih “Setting”.

Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons”.
Langkah 5: Pilih “Install From Zip Files” dan pergi ke lokasi dimana file di download / Source.

Langkah 6: Klik dan install repository.podgod-1.7.zip”.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated”.

Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pergi “podgod repository“.

Langkah 9: Klik “Video add-ons” dan install “Pro Sport”.

Langkah 10: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi dan boleh ke section Video“.

Progress untuk setiap perlawanan menyenangkan proses pencarian link
Terdapat beberapa source untuk stream
Kualiti video boleh dipilih berdasarkan kelajuan internet anda

Langkah 9: Untuk menambah Soccer stream dari reddit hanya type : soccerstreams. Terdapat beberapa pilihan subreddit lain yang boleh ditambah seperti gambar dibawah.

hanya perlu menambah subreddit yang diingini
Link hanya akan aktif pada matchday sahaja.

Enjoy! Jangan Lupa Like FB Page kami untuk update terkini ; Kodi IPTV Malaysia


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.