Transfer Data Kodi ke External (SD Card)

Bagi pengguna Kodi terutamanya yang menggunakan android box yang mempunyai kapasiti storage yang kecil, seperti hypptv box putih mesti selalu mengalami masalah “Disk space insufficient” ataupun siaran tiba-tiba sahaja terkeluar. 

Kodi atau nama lama dia xbmc sebenarnya memberi anda backdoor (alternative) location untuk menyimpan data ke external drive tanpa perlu root. Antara data yang dibenarkan untuk dipindahkan ke external drive adalah user data dan juga add-ons. 

Untuk memastikan kelancaran penggunaan kodi, pastikan anda menggunakan external drive atau sd card yang berkualiti (write speed 10) dan di format sebagai fat32. Sekiranya tidak system kodi anda kemungkinan akan mengalami lag dan tidak lancar seperti sebelumnya. 

Sebelum melakukan proses pemindahan. Sila lakukan backup di kodi, sekiranya berlaku sebarang masalah boleh restore semula. Rujuk post disini untuk melakukan backup atau lakukan manual backup dengan copy dan paste data Kodi/FTMC/Mygica/SPMC (langkah 2).

Bagaimana untuk memindahkan data kodi ke external drive / sd card.

Terdapat dua program yang diperlukan untuk melakukan proses ini iaitu ES File Explorer (boleh juga menggunakan File Commander atau File Explorer) dan juga Quickedit. 

Download ES File Explorer : Link 1 

Download Quickedit : Link 1

Langkah 1: Download dan install dua aplikasi di atas. Buka ES File Explorer dan pastikan anda Show hidden files untuk memastikan kelancaran proses ini.


Langkah 2: Untuk backup data secara manual hanya perlu pergi ke path org.xbmc.kodi/files/kodi dan copy dua folder ini , addons dan userdata (transfer ke external card atau mana2 tempat). Sekiranya tidak mahu backup @ gunakan build boleh terus ke langkah 3.

Langkah 3: Menggunakan Quickedit, buat satu file dinamakan sebagai : 


dan isikan data ini ke dalam file tersebut : xbmc.data=/lokasi path external dan save didalam folder default android di internal.

*ia adalah direction untuk sistem simpan segala data kodi ke dlm external path (SD card)
*xbmc_env.properties ni perlu di create / paste di internal 


contoh untuk path yang perlu diisi:

xbmc.data=/storage/sdcard0/external_sdcard/Android/data/org.xbmc.kodi/files

ataupun

xbmc.data=/mnt/external_sd//Android/data/org.xbmc.kodi/files

*text bergantung pada sistem korang detect sdcard tu (untuk box tm boleh refer dibawah).

anda perlu mencari dimana path sd card anda kerana setiap box mempunyai path yang berbeza. 
Contoh path untuk TM HyppTV EC1606V8 Box seperti di bawah (atau download terus file disini
xbmc.data=/mnt/mmcblk1/mmcblk1p1/Android/data/org.xbmc.kodi/files
Sedikit panduan untuk yang masih kurang faham: 
  • xbmc.data ⇨ apps kodi yg korang install kt box tu
  • /storage @ /mnt ⇨ tempat storage apps 
  • /sdcard01 @ /mmcblk1 ⇨ lokasi SD card 
  • /kodi.data ⇨ folder default kodi 
Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses, clear data kodi / remove semua addon (fresh start). Semakin besar data / addon, semakin lama proses pemindahan. Pastikan anda sudah backup addon @ data sebelum ke step seterusnya (kalau nak backup la)
Langkah 4Lepas dah create @ paste file dlm internal SD, restart balik Kodi/FTMC/Mygica/SPMC. Dia akan keluar initializing for first time run. Selepas itu exit dan keluar semula daripada Kodi/FTMC/Mygica/SPMC.

Open ES File Explorer, masuk ke Home, pastu pegi folder Android⇨data. Lepas tu refer balik kat folder path tu, pastu masuk pegi files ⇨ .(kodi/ftmc/mygica/spmc), dia akan tunjuk Empty Folder.

Folder path utk Kodi dan Kodi fork:

  • Kodi = Androiddataorg.xbmc.kodifiles.kodi
  • FTMC = Androiddataorg.xbmc.kodifiles.kodi
  • Mygica = Androiddatamygica.media.centerfiles.mygica
  • spmc = Androiddatacom.semperpax.spmcfiles.spmc
Langkah 5: Masuk ke dalam external SD, menu belah kiri dia tulis SD card dan akan nampak ada folder Android, masuk dalam folder data, kau akan nampak folder kodi/ftmc/mygica/spmc, masuk dalam lagi sampai kau jumpa folder files, pastu tengok ada tak kelima-lima folder : addons, media, system, temp, userdata

Bila dah confirm kelima-lima folder tu ada, sekarang  boleh la copy and paste balik kedua-dua folder userdata dan addons yang di copy di langkah 2. Bila anda mahu paste, dia akan prompt utk overwrite, hanya perlu tekan overwrite to all. Kalau tak prompt overwrite, maknanya ada step yang dah salah/tertinggal. Kalau tak buat backup. proceed saja ke langkah seterusnya.
Langkah 6Dah siap overwrite folders/files, hanya perlu launch kodi/ftmc/spmc/mygica. Jika semua berjalan lancar, tidak ada salah step, segala addon/builds/repo yg di install sebelum ni akan ada semula.


anda boleh free kan internal sehingga 50% storage space selepas data kodi dipindahkan untuk memberi ruang kepada lebih banyak aplikasi lain.

⇨Kodi/FTMC tidak boleh di install secara serentak, pilih salah satu saja.
⇨Mygica, SPMC boleh install jika dah ada Kodi/FTMC, sebab kedua-dua ini menggunakan folder struktur yang berlainan

#Gambar tutorial diambil dari saudara – Affeirul Azwandy Galol

Recommended SD Card

Klik disini untuk join RobotCash untuk info-info terbaik ⇨ Telegram

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

0 Replies to “Transfer Data Kodi ke External (SD Card)”

  1. Salam tuan. Saya dapat error "your system forbids ES from writing on external SD card" bila copy dari internal ke sd card

  2. ftmc dah ada dia punya sendiri… jadi bole je nak run sekentak dgn official kodi(kot)
    ftmc = org.xbmc.ftmc
    kodi = org.xbmc.kodi
    spmc = com.semperpax.spmc
    MyGica = mygica.media.center

    walaupun guna xbmc.data, dia create folder lain…

    *bagi yg tak lepas step 4, kemungkinan apps tu takda permission utk read/write… cuma ada utk read/only … cara nak fix ni … guna ES file explorer , pi kt path external, buat folder sndiri ikut apa korg tulis kat ****_env.properties

  3. Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses, clear data kodi / remove semua addon (fresh start). Semakin besar data / addon, semakin lama proses pemindahan. Pastikan anda sudah backup addon @ data sebelum ke step seterusnya (kalau nak backup la) tak paham yg ni kejap suruh clear kejap pindah..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.