Kodi Addon – Install from Zip File untuk iOS Device

Sebelum ini kami ada berkongsi kan cara yang mudah untuk install kodi di iOS device. Terdapat feedback daripada user yang mengatakan bahawa tidak boleh install zip file di iOS dan hanya boleh menambah url source menggunakan file manager.


Untuk yang masih belum mengetahui, terdapat dua cara untuk menambah addon ke dalam kodi, iaitu menggunakan url source seperti tvaddons, ares project etc.. dan juga menggunakan zip file addon. Tidak semua addon mempunyai repository dan sebahagian addon perlu install secara terus menggunakan kaedah ini.

Kali ini kami akan berkongsi kan cara yang mudah untuk menambah zip file addon ke dalam kodi, Hanya perlu mendownload dua aplikasi dari itunes iaitu Browser File Manager dan Document 5.

Terima Kasih kepada bro Fazlie Ab Aziz kerana memberikan tips dan cara untuk memasukkan zip addon ke dalam iOS device.

———————————————————————————————————————-

Bagaimana untuk Install From Zip File menggunakan Kodi di iOS Device


Terdapat dua aplikasi yang diperlukan untuk membolehkan anda memasukkan zip file kedalam kodi iaitu Browser and File Manager for Documents dan Documents 5 – File manager, PDF reader and browser

Langkah 1 : Download dan Install kedua-dua aplikasi dibawah.

Download Browser and File Manager for Document

Download Document 5 – File Manager

Langkah 2 : Hanya perlu buka mana-mana link zip addon yang terdapat didalam laman web ini dan paste ke dalam aplikasi Browser and File Manager ini untuk terus mendownload ke iOS device 


Langkah 3 : Selesai mendownload zip file, hanya tekan … menu untuk keluarkan pop up


Langkah 4 : Tekan Open In untuk membuka aplikasi yang akan digunakan

Langkah 5 : Pilih Import with Documents. pastikan anda menginstall terlebih dahulu aplikasi Document 5 – File Manager, PDF reader dan browser. Aplikasi akan dibuka secara automatik.


Langkah 6 : Selepas itu, tekan edit (A) sebelah atas kanan dan select plugin.zip (B) tadi. Lihat sebelah bawah kanan ada tiga titik … (C) tekan disini untuk keluarkan satu lagi menu


Langkah 7 : Terdapat beberapa option akan keluar dan pilih “Open In”



Langkah 8 : Pilih Import with Kodi dan aplikasi kodi akan di run secara automatik seperti mana Document5 tadi..


Langkah 9 : Kodi akan dibuka dan tekan lambang gear (setting) untuk menambah addon


Langkah 10 : Pilih menu Add-ons



Langkah 11 : Pilih Install from zip file



Langkah 12 : Browse ke Inbox


Langkah 13 : Kemudian pilih plugin.zip yang di import tadi


Langkah 14 : Tunggu sehingga keluar notifikasi  “Malay Video Online Addons Updated

Wohoo.. kini addon anda sudah pun dimasukkan. mudah sahaja. 



Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dah Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

——————————————————————————————————————-

Youtube tutorial Install from zip file – on iOS Device

9 Replies to “Kodi Addon – Install from Zip File untuk iOS Device”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.