Raw Maintenance program add-on telah dihasilkan oleh developer Foreverska/Gombeek. Addons ini amat sesuai digunakan untuk maintenance system kodi. Terdapat 3 fungsi maintenance yang boleh digunakan iaitu clear cache, delete thumbnails dan purge packages.
Untuk user yang selalu mempunyai masalah low memory ataupun cache full ini merupakan addon yang amat sesuai digunakan. Tidak perlu lagi melakukan secara manual, hanya klik dan semua ini dapat dilakukan dengan mudah dan pantas.
Clear Cache : Setiap kali anda menggunakan addon / membuka video, terdapat banyak data / log file yang akan disimpan dalam sistem kodi anda. Ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses pemasangan video. Lama kelamaan cache akan semakin bertambah dan menyebabkan storage berkurangan. Clear cache membolehkan anda membuang semua data tersebut, kerana sekiranya anda tidak lagi mahu menonton movie atau drama yang sama, amat merugikan untuk disimpan.
Delete Thumbnails : File image thumbnail akan di autosave setiap kali anda membuka image, icon ataupun video. Seperti juga cache, file thumbnail akan bertambah setiap kali penggunaan. Dengan mendelete thumbnail boleh membuang semua file yang telah di autosave. Bagaimanapun thumbnail akan kembali di auto save setiap kali addon, image atau video dibuka.
Purge Package : Setiap kali addon atau repository diupdate, data-data yang lama ini akan disimpan didalam package. Anda boleh purge package untuk membuang addon atau repository yang lama, kerana addon hanya menggunakan versi yang baru.
Raw maintenance amat digalakkan untuk digunakan seminggu sekali. Selain daripada itu kurangkan penggunaan addon (install yang mana perlu sahaja) untuk penggunaan yang optimise. Sekiranya device tidak mempunyai storage yang mencukupi (low memory), system kodi tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna (boleh juga berlaku force close ataupun video terhenti).
Antara cara lain untuk mengatasi masalah low memory adalah dengan memindahkan data kodi ke sd card. Maintenance untuk android device juga boleh dilakukan menggunakan sd maid pro untuk membuang cache / data ataupun log file yang tidak diperlukan.
Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.
Langkah 3: Pergi ke “System” dan pilih “Setting”.
Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons”.
Langkah 5: Pilih “Install From Zip Files” dan pergi ke lokasi dimana file di download. Sekiranya anda menggunakan Source File – pergi ke maintenance section seperti dibawah.
Langkah 6: Klik dan install “repositoy.rawmaintenance.zip“.
Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated“.
Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pilih “Raw Media’s kodi Add-ons”.
Langkah 9: Pilih “Program add-ons” dan pilih “Raw Maintenance”.
Langkah 10: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi dan boleh ke section “Program” untuk menggunakan add on Raw Maintenance.