9anime | Kodi Addon

9anime addon merupakan addon yang dihasilkan oleh DxCx dan boleh didapati didalam 9anime repo. Addon ini telah diupdate dan dikemaskini menggunakan source dari website 9anime. Addon ini hanya boleh digunakan di Kodi version 17+ sahaja.

9anime mempunyai fungsi dan menu yang hampir sama dengan 9anime menu daripada addon cartoon8 tetapi dengan sedikit pengubahsuaian thumbnail, icon dan juga beberapa penambahbaikan code. 


Interface yang digunakan didalam addon ini amat mudah untuk digunakan dan proses untuk mencari dan memilih movie atau series. Terdapat pilihan sama ada mahu menggunakan anime subbed ataupun dubbed dengan fungsi carian dan filter list seperti new series, popular series dan search function.

Antara kelebihan addon ini berbanding cartoon8 adalah fungsi favourite untuk memudahkan anda bookmark anime kegemaran dan juga loading yang lebih pantas disebabkan fungsi thumbnail yang telah di disable.

Fungsi scrapping 9anime juga adalah amat pantas dan anda boleh memilih source link dari berbagai sumber dengan kualiti yang berbeza-beza. Sekiranya anda tidak menggemari link openload, ini merupakan addon yang terbaik kerana fungsi 1klik play.

Boleh dikatakan amat sesuai untuk digunakan sekiranya anda meminati anime subbed dan dubbed daripada Japan. Sekiranya anda menggunakan cartoon8, boleh menggantikan addon tersebut dengan 9anime yang lebih efisyen dan pantas..

Bagaimana cara untuk mendapatkan addon 9anime

Anda boleh mendapatkan addon ini dengan mendownload repository 9anime dibawah secara terus ke dalam system Kodi anda.

button

Langkah 1: Download Repository 9anime diatas (Tunggu 4-5 saat dan skip ad).
Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.
Langkah 3: Pergi ke “Menu Utama” dan pilih “Add-ons”.


Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons Browser Icon”.


Langkah 5: Pilih “Install From Zip” dan pergi ke lokasi dimana file di Download / Source.


Langkah 6: Klik dan install repo.plugin.video.9anime-0.0.3.zip”.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated”.

Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pergi ke “9anime repository“.


Langkah 9: Klik “Video add-ons” dan install “9anime”.

Langkah 10: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi dan boleh ke section “Video Add-ons“.

Untuk menambah source @ addon by zip menggunakan Jarvis, FTMC, SPMC ➔ rujuk post ini.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

Latest Comments

  1. Mas Asmar Ashraf Masudi September 2, 2017
  2. Mas Asmar Ashraf Masudi September 2, 2017
  3. gagak hitam September 5, 2017
  4. Mas Asmar Ashraf Masudi September 9, 2017
  5. Fitri April 22, 2018

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Promosi pembelian IPTV sahaja, sila masukkan code : | kodimalaysia | untuk menikmati diskaun pada masa terhad Dismiss

%d bloggers like this: