Myriad addon merupakan addon yang dihasilkan oleh Dandymedia dan boleh didapati didalam dandy repo . Addon terbaru dengan fungsi scraper yang membolehkan anda menonton berbagai jenis movie dan tv series.
 
 Seperti juga addon-addon lain,  myriad juga mempunyai fungsi dan menu yang hampir sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian thumbnail, icon dan juga beberapa penambahbaikan code. 

Interface yang digunakan didalam addon ini amat mudah untuk digunakan dan proses untuk mencari dan memilih movie atau tv series. Addon ini juga membolehkan anda untuk memasukkan IMDb playlist untuk mengetahui rancangan tv yang sudah ditonton ataupun mengetahui tentang movie / episode baru yang keudara untuk rancangan pilihan anda.

Proses pencarian Movie dan TV Show juga adalah lebih lancar berbanding penggunaan addon-addon lain. Hanya perlu memilih mana-mana movie kegemaran anda dan link akan di scrape dengan pantas.

Movie link yang di scrap juga jauh lebih banyak berbanding menggunakan addon seperti Exodus dan anda juga boleh memilih resolution yang dikehendaki.

Boleh dikatakan amat sesuai untuk digunakan sekiranya anda meminati Movie dan TV Show.  

Bagaimana cara untuk mendapatkan addon Myriad

Anda boleh mendapatkan addon ini dengan menambah source dengan menggunakan link ini ⇨ http://www.dandymedia.club/repo/. Selain daripada itu anda juga boleh menggunakan ares wizard untuk menambah addon ini ataupun mendownload repository dandy media dibawah secara terus.

button

 

Langkah 1: Download Repository Dandymedia diatas (Tunggu 4-5 saat dan skip ad).

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “Menu Utama” dan pilih “Add-ons”.

Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons Browser Icon”.

Langkah 5: Pilih “Install From Zip” dan pergi ke lokasi dimana file di Download / Source.

Langkah 6: Klik dan install repository.dandymedia”. 

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated”.

Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pergi ke “dandymedia repository“.

Langkah 9: Klik “Video add-ons” dan install “Myriad”.

Langkah 10: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi dan boleh ke section “Video Add-ons“.

Untuk menambah source @ addon by zip menggunakan Jarvis, FTMC, SPMC ➔ rujuk post ini.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

0 Replies to “Myriad | Kodi Addon”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.