TM Unifi sudah pun melancarkan Unifi Plus Box terbaru mereka untuk menggantikan Hypptv Box Putih yang sudah agak outdated untuk membolehkan user menikmati content streaming 4k dengan lebih stabil.

Dengan menggunakan quad-core processor dan 2GB DDR4 RAM serta 8GB eMMC storage dengan Android TV version 9 membolehkan box ini untuk berfungsi dengan lebih pantas berbanding box terdahulu.

Walaubagaimanapun, pihak tm unifi telah menyekat fungsi untuk menginstall aplikasi dari luar apps store dan seterusnya menyekat serta menghad penggunaan unifi box plus ini untuk digunakan secara optimum.

Namun begitu terdapat loop hole, yang boleh digunakan oleh anda untuk memasukkan aplikasi android secara mudah di unifi plus box menggunakan adb sideload method.

Tutorial untuk install Aplikasi Android di Unifi Plus Box

Langkah 1 : Terlebih dahulu anda perlu install developer tools apps di apps store

Langkah 2 : Buka aplikasi tersebut dan pergi ke Developer Options.

Langkah 3 : Enable kan developer option dan juga USB debugging.

Langkah 4 : Menggunakan PC ataupun Laptop / Mac anda, download SDK Platform-Tools di laman web ini.

Langkah 5 : Extract file yang di download tadi ke local disk (C:) dan rename folder tersebut kepada adb.

Langkah 6 : Open cmd command (shortcut : window + X) dan taip : cd\

Langkah 7 : Selepas itu taip pula : cd adb

Langkah 8 : Kemudian taip : adb connect xxx.xxx.x.xxx (IP address anda). Semak IP address anda di bahagian connection status wifi di setting.

Langkah 9 : Akan ada pop up di unifi plus box anda. Tekan allowed untuk membolehkan adb connect ke box. Ulangi langkah 8 semula untuk memastikan connection berjaya.

Langkah 10 : Taip : adb install xxxx.apk (aplikasi yang hendak di install. Pastikan anda masukkan file apk tersebut ke dalam folder adb terlebih dahulu)

Langkah 11 : adb akan memulakan proses installation. Performing Streamed Install.

Langkah 12. Installation akan mengambil masa beberapa minit (bergantung kepada size aplikasi). Sekiranya berjaya anda akan mendapat status : Success.

Langkah 13 : Selesai. Hanya buka aplikasi di Unifi plus box anda.

Kini anda boleh menggunakan unifi plus box anda seperti android tv box yang lain. Sekiranya berminat untuk mendapatkan pakej IPTV astro, sila singgah di shop kami.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan aplikasi ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

32 Replies to “Cara Install Apk Apps di Unifi Plus Box”

      1. camana nk buat kalau box putih tu dh update? saya punya dh kena auto update & bila nk install tv launcher, keluar ‘unsuccessful’.

  1. Bro, bila install dpt error la..tau tak sbb apa?
    adb: failed to install dropbox.apk: Failure [INSTALL_PARSE_FAILED_UNEXPECTED_EXCEPTION: Failed to parse /data/app/vmdl268312563.tmp/base.apk: AndroidManifest.xml]

  2. kalau direct install netflix akan keluar error device not compatible. mcm mana cara utk kita install netflix ke dalam unifi plus box

    1. Nak tanya, fren instal APK Netflix version apa ye? Sebab saya dah cuba 2 version tapi keluar sama je. Boleh tolong share tak.

    2. tlg ajar bossku..
      sy sangkut dekat command promt bahagian ni :
      ‘adb’ is not recognized as an internal or external command,
      operable program or batch file.

  3. dah install developer tools tp bila nak open apps tu xde respon, so xdpt nak enable dev options.. ade cara lain tak.

  4. Lepas install developer tools, tak boleh buka app tu. Install app boleh, buka tak boleh. Bila buka skrin jadi putih sekejap pastu hilang.

  5. salam, dekat command promt sangkut kt bahagian ni :
    ‘adb’ is not recognized as an internal or external command,
    operable program or batch file.
    boleh tlg x bossku…

  6. dah boleh install dengar cara yang di share.

    cuma nya masih keluar error sama bila bukak netflix kat unifi box seperti di bawah:

    “This version of Netflix app is not compatible with your device (-13)”

  7. saya follow step 8 tp keluar ” ‘adb’ is not recognized as an internal or external command operable program or batch file. “

  8. i’ve the following error, kindly advise
    C:\adb>adb connect 192.168.0.129
    ‘adb’ is not recognized as an internal or external command,
    operable program or batch file.

  9. Salam sy dah dpt sampai step 9 tp bila install apk dia keluar filename doesnt end.apk or apex: Go..sy nk install apps astro go

  10. hai..sy nak tanya..boleh ker bypass untuk install app dekat hyyptv plus box hitam..ada app yg xleh install antaranya astro go n youtube vance..any solution?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.