Stremio merupakan aplikasi video streaming yang membolehkan anda menonton, organize video content dari beberapa service, termasuk movies, series, dan juga youtube serta twitch channels.

Kandungan video daripada aplikasi ini adalah seperti kodi, dimana anda perlu menambah addon untuk membolehkan link movie di cari. Terdapat beberapa official providing service berbayar seperti Netflix, iTunes, HBO, YouTube, Twitch dan juga free content dari Juan Carlos Torrents.

Antara addon yang perlu di enable untuk mendapatkan content yang berkualiti adalah seperti Youtube, Opensubtitle, Popcorn, Netflix (sekiranya anda mempunyai account), Juan Carlos Torrent, Juan Carlos 2, Vodo, Pirate Bay, Anime addon dan juga Internet achieve.

Aplikasi ini amat mudah digunakan berbanding kodi dan mempunyai interface yang agak ringkas dan senang untuk mencari movie pilihan anda. Selain itu terdapat calender timetable untuk membolehkan anda melihat tarikh release episode untuk tv show yang telah di favourite kan.

Siaran daripada stremio adalah dalam kualiti HD dan hanya perlu klik dan play (source berdasarkan addon yang di install). Selain itu, pemilihan subtitle adalah amat mudah dan ringkas. Hanya perlu klik menu subtitle dan pilih bahasa kegemaran. Terdapat pilihan bahasa indonesia / malaysia yang mudah untuk difahami sekiranya anda tidak mahu menggunakan subtitle english.

Sesuai digunakan untuk yang suka melayan movie dan tv show international. Applikasi ini sangat mudah digunakan berbanding kodi dan mempunyai interface yang ringkas.

Bagaimana untuk mendapatkan Stremio

Aplikasi ini boleh digunakan di Android, Window , Mac dan juga Linux. Anda boleh mendownload aplikasi ini secara terus dibawah 

Langkah 1: Download dan install aplikasi Stremio diatas.

Langkah 2: Selepas itu hanya perlu register dan login untuk memasuki menu dan mulai menonton.

 Sekiranya anda tidak dapat memasukkan aplikasi ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

10 Replies to “Stremio | Movie Apps”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.