RetroGames di Kodi Menggunakan Internet Archive ROM Launcher

Terdapat beberapa cara untuk bermain game menggunakan Kodi, iaitu menggunakan IARL, Advance Launcher dan juga RetroPlayer – Kodi v18 (Masih dalam beta phase lagi). Untuk tutorial kali ini kami akan berkongsikan car untuk bermain retrogame menggunakan addon  Internet Archive ROM Launcher.

Internet Archive mempunyai banyak koleksi retro video games yang membolehkan anda untuk bermain secara online. Permainan retro games ini menggunakan retroplayer base tetapi menggunakan Kodi sebagai platform frontend.

Anda boleh melihat dan mencari koleksi game dengan mudah menggunakan addon. Terdapat lebih kurang 2TB koleksi ROMs boleh didapati dan boleh juga melihat info, screenshot sebelum anda memilih mana-mana games.
————————————————————————————————————
Bagaimana untuk menggunakan Retroplayer

Terlebih dahulu anda perlu mendownload aplikasi Retroplayer menggunakan link dibawah. Aplikasi ni boleh digunakan di Android, Window, Linux, iOS dan Mac. Download berdasarkan platform yang ingin digunakan

Selesai mendownload hanya perlu launch aplikasi dan pergi ke menu Setting, Cari Input dan tekan enter ataupun tap.

Selepas itu, scroll kebawah dan cari “Input User 1 Binds” dan scroll lagi ke “User 1 Bind All”. Hanya perlu klik dan anda boleh mapping / configure gamepad disini. Retroarch akan menggunakan setting ini untuk kesemua arcade game yang terdapat didalam aplikasi ni

Kemudian pergi semula ke menu utama, dan cari “Online Updater”. Pilih “Core Updater” dan download cores berdasarkan console/emulator yang anda ingin kan. Sekiranya anda tidak pasti, boleh download kesemua core.

Kodi bukan lah sebagai emulator tetapi lebih kepada front-end yang menyokong retroarch untuk menyenangkan proses mencari dan memilih game collection. Sekiranya cores updater tiada, aplikasi ini tidak akan dapat dilancarkan.

Bagaimana untuk menggunakan addon iARL


Anda perlu menambah addon untuk iARL secara terus menggunakan zip file dibawah. 


Langkah 1: Download Plugin iARL diatas (Tunggu 4-5 saat dan skip ad).

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “System” dan pilih “Setting”.
Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons”.
Langkah 5: Pilih “Install From Zip Files” dan pergi ke lokasi dimana file di download.

Langkah 6: Klik dan install plugin.program.iarl-1.5.9.zip”.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated”.

Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pergi “Zach Morris Repository“.

Langkah 9: Klik “Video add-ons” dan install “Internet Archive Rom Launcher”.

Sebelum anda boleh bermula untuk bermain, terdapat beberapa configuration yang diperlukan untuk memastikan addon ini boleh digunakan.
Pergi ke “Add-on setting” dan terus ke External Launchers. Tekan menu My System Type dan pilih External. Kemudian akan keluar pilihan platform yang digunakan i.e android / window / OSX / Linux. Pilih jenis device yang akan digunakan
Pergi ke menu RetroArch App Location dan cari lokasi dimana aplikasi disimpan. Kemudian klik pada RetroArch System Folder dan cari lokasi folder RetroArch.
Pergi ke menu Setup Wizard dan pilih Set Me Up for. Untuk permulaan boleh gunakan Balanced sebagai default. Sekiranya device anda tidak mempunyai masalah boleh upgrade ke pilihan yang lebih intensive untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik.
Masuk ke dalam addon dan pilih mana-mana emulator yang anda ingin gunakan. Tekan “C” untuk akses kepada menu dan setup ketiga-tiga menu yang di highlight seperti diatas
  • Update Download Path. Pilih custom directory dan pilih ke external sd untuk mengelakkan internal drive anda dari dipenuhi oleh rom games.
  • Update Launcher. Pilih External option
  • Update Ext Launcher Command. Pastikan anda memilih core yang telah di setup terlebih dahulu pada aplikasi Retroplayer. Sekiranya core tidak di install aplikasi ini tidak akan berfungsi


Selesai. Kini anda boleh mula bermain game kegemaran anda. Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dah Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 


Youtube Tutorial – Cara Setup RetroArch dan Internet Archive ROM Launcher

4 Replies to “RetroGames di Kodi Menggunakan Internet Archive ROM Launcher”

  1. Salam…saya guna android box dan ada beberapa masalah,
    1. Pada retroarch saya tak Leh scroll untuk instaLL/ downLoad core. Apa yang ada sahaja boLeh.
    Guna Mouse , keyboard, remote, gamepad semua tak boLeh untuk scroLL down..

    2. BiLA Masuk ke dalam addon pada Update Download Path – Pilih custom directory dan pilih ke external
    Update Launcher-Pilih External option LAngsung tak dapat downLoad / Launch games.
    SebeLum set (defauLT) boLeh downLoad.

    Harap boLeh bantu.

  2. dua dua dah cuba.. beberapa core dah try.. buat masa ni kat kodi kalau set defauLt tu kaLau & tak guna externaL..dapat downLoad tapi tak try Launch Lagi..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.