Ares Wizard – Kodi Addon

Ares Wizard addon merupakan addon yang dihasilkan oleh Ares. Ares Wizard adalah multi task tool yang boleh memudahkan penggunaan kodi dengan menyediakan pelbagai tool seperti build, addon installer, maintenance, factory reset dan bermacam-macam lagi .

Sebelum ini kami ada memberikan guide mengenai Indigo – Multitask Addon, walaubagaimanapun memandangkan TVaddon sudah pun dibubarkan menyebabkan addon itu tidak dapat lagi digunakan. Ares Wizard merupakan antara pengganti yang sesuai dan boleh memudahkan penggunaan Kodi anda.


Antara sub menu paling menarik adalah Browse Builds yang membolehkan anda untuk memuat turun build-build yang terdapat didalam wizard ini. Terdapat bermacam-macam jenis build dan terdapat juga beberapa build daripada developer malaysia.

Selain daripada itu, antara cara paling ringkas untuk install addon adalah menggunakan Browse Addons. Boleh dikatakan hampir kesemua addon yang popular telah dimasukkan. Hanya perlu pilih addon yang diminati dan klik install.

Maintenance yang terdapat didalam wizard ini juga membolehkan anda untuk melakukan fungsi asas seperti delete thumbnails, packages dan juga cache. Selain daripada itu anda juga boleh set auto maintenance atau reminder.

Terdapat juga fungsi Backup dan Restore yang membolehkan anda untuk backup segala addon atau setting yang terdapat di Kodi.

Sebelum ini kami ada menerangkan mengenai fungsi advance tweak yang membolehkan anda untuk optimise dan reduce buffering issue didalam Kodi. Penggunaan Tweaks didalam Ares Wizard juga mempunyai fungsi yang hampir serupa

Bagaimana cara untuk mendapatkan addon Ares Wizard

Anda boleh mendapatkan addon ini dengan menambah source dengan menggunakan link ini ⇨ http://aw.ares-project.com/. Selain daripada itu anda juga boleh mendownload repository ares project dibawah secara terus

button

Langkah 1: Download Repository Ares Project diatas (Tunggu 4-5 saat dan skip ad).

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “Menu Utama” dan pilih “Add-ons”.


Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons Browser Icon”.


Langkah 5: Pilih “Install From Zip” dan pergi ke lokasi dimana file di Download / Source.


Langkah 6: Klik dan install repository.aresproject-0.0.6.zip.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated”.

Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pergi ke “Ares Project“.


Langkah 9: Klik “Program add-ons” dan install “Ares Wizard”.

Langkah 10: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi dan boleh ke section “Program Add-ons“.

Untuk menambah source @ addon by zip menggunakan Jarvis, FTMC, SPMC ➔ rujuk post ini.

Klik disini untuk join RobotCash untuk info-info terbaik ⇨ Telegram 

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

0 Replies to “Ares Wizard – Kodi Addon”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.