Netflix adalah addon yang dihasilkan oleh Castagnait dan merupakan addon yang membolehkan anda untuk menggunakan servis netflix vod di dalam aplikasi kodi.

Paparan yang terdapat didalam menu addon ini adalah serupa seperti mana sekiranya anda menggunakan netflix di browser dan juga aplikasi netflix sendiri.

Hanya pilih profile dan segala list yang berada di profile anda akan di upload dan boleh digunakan terus di addon ini.

Kualiti siaran bergantung kepada subscription anda. Sekiranya mempunyai langganan 4K anda akan dapat melayari 4K movie. Sekiranya anda menggunakan rooted device hanya 1080p video streaming sahaja supported.

Boleh dikatakan amat sesuai digunakan sekiranya anda meminati movie dan tv show dari dalam dan luar negara dengan source yang stabil dan berkualiti.

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Add-on Netflix
Anda boleh mendapatkan addon ini dengan mendownload plugin video zip add-on di bawah secara terus
Langkah 1: Download plugin.video.netflix diatas.
Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.
Langkah 3: Pergi ke “Menu Utama” dan pilih “Add-ons”.

Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons Browser Icon”.

Langkah 5: Pilih “Install From Zip” dan pergi ke lokasi dimana file di Download.

Langkah 6: Klik dan install plugin.video.netflix.zip yang telah di download di langkah 1.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons installed”.

Langkah 8: Berjaya sekiranya notifikasi installation keluar dan boleh ke section “Video Add-ons“ dan klik add-ons Netflix.

Langkah 9: Add-on ini memerlukan anda untuk memasukkan username / password yang sah untuk account netflix.

Untuk menambah source @ addon by zip menggunakan Krypton, Jarvis, FTMC, SPMC ➔ rujuk post ini
Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna!
I can’t install androidrepublica to my kodi
admin…macam mana nak tgk netflix full hd dekat tx5 max??? saya try dapat quality tak hd pun,.,saya punya account subscribe ada 4k punya