Swa-DESI addon merupakan addon yang dihasilkan oleh AftershockPY dan membolehkan untuk menonton movie dan tv show daripada negara India, Pakistan dan Bangladesh.

Addon ini mempunyai fungsi dan menu yang hampir sama dengan Aftershock tetapi dengan sedikit pengubahsuaian thumbnail, icon dan juga beberapa penambahbaikan code yang membolehkan addon ini untuk scrap lebih banyak link yang berkualiti.

Addon ini membolehkan anda untuk melihat siaran movie daripada beberapa bahasa utama di india seperti hindi, tamil, telugu dan banyak lagi. Movie yang disiarkan tidak mempunyai hardsub, walaubagaimanapun anda boleh mencari sarikata menggunakan subtitle service.

Boleh dikatakan amat sesuai untuk digunakan sekiranya anda meminati Movie dan TV Show daripada negara india. Movie yang sentiasa diupdate dan kualiti yang memuaskan.

Bagaimana cara untuk mendapatkan addon Swa-DESI

Anda boleh mendapatkan addon ini dengan menambah source dengan menggunakan link ini ⇨ http://noobsandnerds.com/portal dan namakan NoobsAndNerds. Selain daripada itu anda juga boleh  mendownload repository aftershock dibawah secara terus

button
 
Langkah 1: Download Repository Aftershock diatas.

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “Menu Utama” dan pilih “Add-ons”.

Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons Browser Icon”.
Langkah 5: Pilih “Install From Zip” dan pergi ke lokasi dimana file di Download Lokasi Source.

Langkah 6: Klik dan install “Aftershock Repo (3.0.1).zip. Sekiranya menggunakan source pergi ke – NoobsAndNerds  REPOSITORY PORTAL dan pilih Aftershock Repo (x.x.x).zip

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated”.

Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pergi ke “Aftershock repository“.

Langkah 9: Klik “Video add-ons” dan install “Swa-DESI”.
Langkah 10: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi dan boleh ke section “Video Add-ons“.

Untuk menambah source @ addon by zip menggunakan Jarvis, FTMC, SPMC ➔ rujuk post ini.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.